Thursday, July 7, 2011

KFC kotor! Apa penyelesaiannya?

Sebut saja KFC semua orang tahu, bukan hanya di Malaysia tapi di seluruh dunia. Secara keseluruhannya jumlah restoran makanan segera yang terkenal dengan Original recipe fried chiken ini adalah melebihi 36000 seluruh dunia dan di Malaysia sebanyak 515 buah cawangan. Sambutan rakyat malaysia sangat memberangsangkan terhadap produk KFC sejak ianya mula membuka cawangan pertamanya di Malaysia pada tahun 1973 yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Kepercayaan rakyat Malaysia kepada KFC begitu tinggi terutamanya di dalam konteks penjagaan kebersihan yang kita percaya begitu bersih dan tidak ada pernah terdapat mana-mana restorannya yang dikelaskan gred B kebawah. Namun hari ini, kepercayaan yang diberikan itu hampir hilang setelah tersebarnya beberapa video yang memaparkan beberapa aksi amat menjijikkan. Ini ternyata KFC sendiri gagal dalam memberikan jaminan qualiti produk yang baik dan seharusnya bersih.

Video Pertama

video kedua
Seharusnya aksi sedemikian rupa tidak pernah dan akan berlaku di restorannya kerana jika diteliti daripada video tersebut bukan hanya si perlaku saja yang ada di situ namun ada beberapa orang lain juga bersamanya. Ini menunjukkan hampir kesemuanya pekerjanya yang berada direstoran itu cuba bersubahat dalam aspek penjagaan qualiti produk.

Apa yang dipaparkan pada video tersebut mungkin hanyalah sebahagian tindakan yang tidak seharusnya dilakukan oleh pekerjanya yang telah diketahui umum, namun mungkin banyak lagi aksi-aksi yang selama ini tidak diketahui telah berlaku di restoran tersebut. Hal ini mula merisaukan masyarakat untuk datang semula ke restoran tersebut.

Untuk mengembalikan kepercayaan masyarakat, Pihak pengurusan KFC telah mengambil langkah lebih proaktif dalam menangani masalah tersebut. Dalam kenyataan melalui laman sosial Facebook,mereka telah bercadang untuk memasang CCTV disemua cawangan mereka. Walau bagaimanapun timbul persoalan, adakah dengan kewujudan CCTV tersebut mampu untuk menjamin qualiti kebersihan produk KFC? ada baiknya KFC sendiri mengamalkan restoran dapur terbuka kepada umum. Ini membolehkan pelanggan melihat sendiri proses pembuatan produk KFC sama ada ianya bersih sepenuhnya ataupun tidak.

Wednesday, July 6, 2011

Tiket Free Harian Metro!


hye all,
Hari ni saya dah berjaya menukarkan keratan kepala akhbar Harian metro kepada tiket Bukit Merah Lake Town Resort Perak Darul Ridzuan setelah 14 hari mengumpul keratan tersebut bermula daripada 13/06/2011 sehingga 26/06/2011.

Dapat 2 tiket je.Harga tiket ni 1 (satu) RM 27, jadi kalau 2 (Dua) tiket ni RM 54 (Ringgit Malaysia lima puluh empat sahaja).Agak berbaloi lah juga, sebab harga 14 hari metro tu cuma RM 22 je. Sebenarnya saya ada pilihan lain, sama ada nak tukar keratan ni dengan tiket Bukit Merah ataupun tiket bola sepak perlawanan persahabatan diantara Chelsea VS Malaysia. Tapi disebabkan tiket perlawanan bola tu perlu tebus di Balai Berita NSTP jalan Riong Kuala Lumpur, so saya fikir lebih baik tukar kepada Tiket Bukit Merah je. Takde la kena pergi jauh-jauh. Tiket Bukit Merah tu boleh buat penebusan kat cawangan balai berita NSTP terdekat je.

Disebalik kejayaan mengumpul 14 keratan ni sebenarnya banyak dugaan yang telah dilalui. Sebelum ni memang ada juga beli Metro, tapi taklah pernah beli 14 hari berturut-turut. Dalam tempoh melibatkan diri dalam program ni tiap-tiap hari kena beli. Paling susah bila hari jumaat. maklum je lah, saya ni sekarang tengah berada di Kota Bharu,Kelantan. Kat sini tiap hari Jumaat kebanyakan aktiviti perniagaan mereka tutup. Jadi terpaksa la kena cari kedai yang jual surat khabar yang buka hari tersebut. itu masalah pasal hari jumaat, lagi jadi masalah bila saya bangun lambat pada hari tu, kadang-kadang kedai-kedai tu dah kehabisan stok harian metro, habislah terpaksa mencari merata Kota Bharu.

Berbalik pada cerita tiket Bukit Merah ni semula,sekarang dalam kepala tertanya-tanya, "nak buat apa lah dengan tiket yang saya dah tukar ni??" nak pegi sana takde teman. Ada siapa-siapa nak temankan ke? erm, takpe lah, tiket ni masih boleh simpan lagi, mana lah tau ade gunanya nanti. Kalau Expired pun tak apa lah, tak rugi apa pun. Rugi pun takde lah rugi macam cina kalah judi. Dah nama beli surat Khabar. Jadi nak tunggu apa lagi, dah beli kena baca lah.

Walau apa pun nak ucap "terima kasih kepada harian metro" sebab anjurkan program ni. Memang berbaloi kepada pembaca. Sebenarnya ini bukan pertama kali menyertai program ni, sebelum ni saya pernah juga tebus benda yang serupa iaitu tiket ke "Taman tema air The Carnival Sungai Petani Kedah. Tak silap saya dalam awal tahun 2008 yang lepas.

Sunday, February 27, 2011

Bila komen lagi hebat dari vedio

Apalah nasib malang yang diterima oleh seorang Ahli Youtube ni bila vedio yang beliau postkan di Youtube bukan Gelemour kerana pujian, Tetapi gelemour kerana maki-hamun hampir kesemua daripada yang memberikan respon..

Mengikut dakwaan, orang yang menari itu adalah Faris dan beliau dikatakan telah meninggal dunia. Menurut apa yang terdapat dari komen tersebut, beliau meninggal pada 30 Ogos 2009 di jalan Lundang (tak tahu la jalan lundang mana satu).
Namun, kebencian penonton tetap tidak mengenal siapa, hidup atau mati, yang pasti Maki tetap maki..

"apalah nak jadi zaman sekarang nih!!!""

Friday, February 25, 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Alhamdulillah sambutan maulidur Rasul Kolej Poly-tech Mara berjaya dijayakan dengan jayanya.
Disamping mengingati Kelahiran Rasulullah, langkah yang di ambil pihak kolej ini mampu mempromosi Kolej Poly-tech MARA di mata awam khususnya penduduk Kota Bharu sendiri.