Sunday, August 21, 2011

Pelik.. Wanita ni nak gemuk!!


Selalu kita dengar ramai wanita kat luar sana tu takut bila gemuk. Gemuk sikit je pun da rasa nak pitam. Dah mula lah taknak makan lah, nak berdiet lah, nak bersenam lah.. erm macam-macam.
Tapi hari ni artikel ni mengejutkan aku tentang wanita yang bernama Susanne Eman, 32, ni yang menginginkan berat badannya mencapai 730 Kilogram. pergh!!!! ini kalau jadi suami dia, mampus tak bernafas bila kena tindih..
Kini susanne memiliki berat 330 kilogram dan memerlukan 400 kilogram lagi untuk mencapai impiannya. Susanne yang berasal dari Arizona, Amerika Syarikat berharap mencapai separuh dari berat impiannya itu menjelang akhir tahun ini.
Ibu tunggal yang kini membesarkan dua anak itu percaya, dia kini benar-benar bersedia mengambil alih tempat Donna simpson, 43, dari New Jersey, sebagai wanita paling gemuk dunia. Berat donna yang dicatat dalam rekod dunia ialah 317.5 kilogram.
Disebabkan terlalu gemuk, menurut susanne dia bersama anak-anaknya akan ke pasar raya sekali sebulan dan menghabiskan sehingga 8 jam untuk memenuhkan 6 troli yang dibawa.
Meneritakan pengalamannya, susanne berkata. Dia mula memikirkan impiannya menjadi wanita paling gemuk di dunia selepas gagal mengawal dirinya daripada terus membesar secara semulajadi."Dua tahun lalu saya mencapai berat 222 kilogram selepas gagal dalam usaha menguruskan badan."sejak itu saya mula perasan dengan berat badan begitu, semakin ramai lelaki tertarik dan ia memang menyeronokkan," katanya.. yo la tuh susanne..aku rasa lelaki tertarik nek gelak je tengok camtuh..
Terakhir sekali mesej susanne, dia sebenarnya mahu mengubah tanggapan masyarakat bahawa badan gemuk adalah perkara yang buruk. Tiada salahnya jika berbadan besar dan kita perlu menerima keadaan orang lain seadanya.

Pitbull Disaman


Aktress bermasalah Lindasay Lohan dikhabarkan kembali ke makhamah sekali lagi tetapi kali ini memfailkan saman.
Menurut laporan laman TMZ, bintang filem Mean Girls itu mengemukakan saman terhadap Pitbull kerana mendakwa penyanyi berkenaan menghinanya dalam satu lirik lagu yang dinyanyikannya.

Lagu yang ditulis Pitbull bersama pemuzik Ne-Yo dan Afrojak itu mengandungi seni kata seperti berikut "saya dikurung seperti Lindsay Lohan."
Dokumen yang difailkan peguam Lindsay Lohan ke mahkamah mendakwa: "lirik lagu itu mengandungi unsur kutukan, kecaman, hinaan, dan fitnahmengenai plantif serta menjejaskan kehidupan sertanama baiknya."

Friday, August 19, 2011

Tangan Bionik dari Pasukan Mercedes bernilai RM175000

Mathew James,14, seorang yang dilahirkan tanpa tangan kiri telah menghantar surat kepada Ross Barwn, pemilik pasukan Mercedes GP petronas F1 memintanya membiayai sebuah tangan palsu berteknologi tinggi berharga RM175000.

Sebagai balasan, Mathew berkata dia akan membenarkan syarikat penaja itu meletakkan logo mercedes pada tangan palsu itu, sama seperti iklan pada kereta F1.

Tersentuh dengan kepintaran dan rayuan surat yang dihantar itu, Mercedes bersetuju membantunya mengumpulkan wang berkenaan.

Ia berkerjasama dengan pakar tangan palsu, Touch Bionis untuk menghasilkan i-LIMB Pulse, tangan palsu berteknologi paling canggih.

Tangan itu yang mampu mengangkat beban seberat 88 kilogram kini membolehkan Mathew mengengam pen untuk menulis dan melukis, serta mengikat tali kasut.

Ianya diperbuat daripada pelastik berkualiti tinggi dan silikon hitam yang menghubungkannya ke pegelangan tangan Mathew.

Sunday, August 14, 2011

I Love Octove.com Contest