Saturday, November 27, 2010

Cinta Tiga Segi


Lagu ini pada satu ketika dahulu pernah menjadi lagu yang cukup popular dan sering menjadi bualan ramai termasuk turut manjadi tajuk utama sebuah akhbar tempatan.Pelbagai cerita sama ada fakta ataupun auta sekaligus menghangatkan lagi cerita ini. Walhal, semuanya cuma berasaskan sebuah lagu yang masih sampai sekarang tidak diketahui asal-usulnya. Hasil daripada kepopularitian lagu ini, beberapa artis tempatan di negara kita mengambil langkah untuk menyanyikan semula lagu ini.

Mengimbas kembali fakta yang tidak diketahui kebenaranya,fakta pernah mengaitkan seorang banduan yang bernama Hazwan telah menerima hukuman yang membawa beliau ke tali gantung kerana telah membunuh kekasih beliau yang telah menerima kembali cinta bekas kekasih lamanya. Di saat terakhir sebelum menerima hukuman di tali gantung beliau telah meminta melalui pegawai penjara sebuah gitar dan pita rakaman untuk meluahkan perasaan kekesalannya yang telah dilakukan sehingga terhasil lagu ini.

Namun cerita ini telah disangkal dengan fakta lain menyatakan Hazwan yang dimaksudkan adalah tidak benar dan penama tersebut tiada kait-mengait dengan kisah ini. Selain itu, budak yang berasal dari singapura yang bernama Ayie ketika itu berumur 13 tahun mendakwa bahawa lagu tersebut adalah hasil daripada ciptaannya.
Pelbagai dakwaan yang wujud menyebabkan sehingga kini masih terus lagu tersebut tidak diketahui pemiliknya. Disebalik kehangatan cerita lagu ini, maka telah terhasillah satu lagu yang seakan-akan menyerupai lagu tersebut namun telah diubah liriknya.

Friday, November 26, 2010

Hukum Khatan Budak Perempuan

Hujung tahun dan cuti persekolahan telah tiba pada musim ini. Pastinya pelbagai aktiviti mengisi masa cuti ini telah dirancang bagi sebahagian ibu bapa. Lumrah biasa bagi kanak-kanak lelaki yang beragama islam akan melalui saat-saat yang sangat menakutkan apa lagi kalau bukan berkhatan. Pastinya pelbagai persoalan yang timbul bermain difikiran kanak-kanak yang masih belum berkhatan.
Namun begitu perkara ini sering kita dengar, tetapi biasakah kita dengar kanak-kanak perempuan berkhatan? Dan apakah sebenarnya hukum khatan bagi kanak-kanak perempuan? Dr.Abdul Salam Muhammad Shukri akan menjawab semua persoalan ini.
"BERKHATAN adalah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan.
Berdasarkan mazhab Syafie, amalan berkhatan diwajibkan sama ada untuk lelaki atau perempuan. Ia termasuk antara amalan yang disyariatkan Allah sebagai pelengkap fitrah semula jadi manusia.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Fitrah (sifat semula jadi) itu lima perkara: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak." (Bukhari, Muslim)
Oleh itu, saya menyarankan anda berjumpa dan berbincang dengan doktor di klinik perubatan yang ada menawarkan perkhidmatan berkhatan.
Anda tidak perlu musykil dengan perintah dalam ajaran Islam. Ini kerana Islam ingin menjaga kebersihan dan martabat sesama manusia.
Kita tidak boleh terikut-ikut dengan idea yang dikemukakan pihak barat atau orientalis serta pengikut mereka yang cuba menidakkan amalan berkhatan terutama bagi wanita.
Malah, sekarang amalan berkhatan bagi lelaki sudah diterima di Barat. Saya berpandangan mana-mana tradisi timur yang ada asas dalam ajaran Islam hendaklah terus diamalkan."

Nampaknya bukan sahaja kanak-kanak lelaki sahaja yang perlu berkhatan, malah kanak-kanak perempuan juga harus melaksanakannya.
Tapi apa yang menghairankan, kenapa tidak ada majlis seperti "majlis kanak-kanak perempuan berkhatan beramai-ramai ye??"

Thursday, November 25, 2010

Perdana Menteri & Gaji

Selama ini kita mungkin sudah biasa mendengar jumlah gaji seorang kakitangan kerajaan baik polis, guru dan sebagainya. Namun adakah kita tahu berapa sebenarnya gaji perdana menteri kita?
Perdana Menteri menerima gaji bulanan RM22 826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (saraan) (pindaan) 2005 mulai 1 januari 2004.
Manakala gaji bagi Timbalan Perdana Menteri pula berjumlah RM18 168.15 . Sementara jemaah Menteri menerima RM14 907.20 sebulan.
Mungkin sukar dipercayai, namun itulah jumlah sebenar yang mereka perolehi. Jumlah ini adalah dipetik daripada laporan "Harian Metro" bertarikh 24/11/2010.

Tuesday, November 23, 2010

Newjobsmalaysia.com

Tibalah masanya untuk kita mengetahui lebih pantas peluang-peluang pekerjaan di sektor kerajaan mahupun swasta. Kini dengan hanya melayari dan melanggan Newjobsmalaysia.com pastinya setiap peluang perkerjaan ditawarkan diketahui dengan segera.

Pada mereka yang inginkan pekerjaan, intai peluang anda melalui laman tersebut. Jika ada rezeki, mungkin nasib anda disana. Join melalui Facebook pun boleh.