Tuesday, December 21, 2010


Monday, December 6, 2010

DiGi I'm Follow You

Review pasal DiGi ni memang paling Rafie suka. Memang best guna DiGi.Sejak dahulu lagi sokongan dekat DiGi tak pernah kurang. korang cakap la plan terbaik celcom ke, maxis ke, urmm semua Rafie taknak dengar! bukan sombong, tapi memang dah cuba.tak best langsung! Rafie pakai Maxis & Celcom pun terpaksa je coz kawan-kawan ntah kenapa la suka pakai operator tu.
Bila pergi ke Kota Bharu, aduh!! susahnya nak dapatkan kedai jual DiGi.
Ok, daripada nak cerita pasal tu, Baik rafie ceritakan kebaikkan digi k.. Korang cari la mana-mana operator bagi call free, sms free, MMs free & vedio call free? maxis, celcom?? ... sori!! bagi kol free pun time hari jadi je. kalau maxis lagi la kedekut. sehari je bagi.. celcom boleh la.. seminggu call free.. kalau DiGi?? free 3 nombor sepanjang hayat.. pastu bagi friends & family tak kira la Friends & family korang tu nombor maxis ke, celcom ke, semua boleh letak dalam senarai friends & family..sejak Rafie guna DiGi, nak beli topup pun dah jarang. beli pun sekadar nak aktifkan sim je.. Internet broadband DiGi pula laju.. ya lajuuu sangat. kelajuan yang constant berbanding dengan yang lain. kalau korang tak caya, cuba bandingkan statistik kelajuan DiGi broadband yang Rafie gunakan dengan korang? tp jangan lah nak dibandingkan dengan streamyx. Kadar Internet pula murah. DiGi RM15 utk seminggu, Maxis RM25 seminggu, manakala Celcom RM20 seminggu.
So Rafie harapkan kepada rakan-rakan diluar sana, fikir-fikirkanlah dengan perbandingan yang telah rafie ceritakan ni keyh.

Perhimpunan Isu kenaikan Air Selangor

‘Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat’ tajuk perhimpunan aman semalam (5 December 2010)yang diketuai Menteri besar selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bersama kira-kira 15 000 orang penyokong termasuk mahasiswa Universiti Selangor (UNISEL). Perhimpunan bermula dari Masjid Negara menuju ke Istana Negara. Dalam Perhimpunan ini, seramai 48 orang ditahan namun dilepaskan semula sejurus perhimpunan bersurai.

Ucapan Tan Sri Khalid Sebelum berarak ke Masjid Negara

Monday, November 29, 2010

kemalangan

Apalah malang nasib Rafie hari ni. Rafie tadi jalan g kedai beli daun sup tolong mak masak sup ayam. Dalam perjalanan balik ke rumah kira-kira 50 meter nak sampai rumah, skuter modenas 125 yang rafie tunggang tu boleh pula terbabas. Keadaan jalan waktu tu agak licin disebabkan baru je lepas hujan berhenti.Nasib baik lah kecederaan tak serius sangat, kalau tak, tak mungkinlah Rafie boleh tulis entri ni hari ni. Ni Rafie uploadkan gambar dekat bahagian yang luka.




Semua luka berada disebelah kiri. kalau kanan, terpaksa lah berehat sementara dari menulis blog.hehehehe.. tapi apa yang rafie risau macam mana kalau sakit perut nak buang air besar nanti..macam mana nak basuh????
Kos perubatan untuk semua ni je RM68. Agak mahal lah juga, biasa la klinik swasta. Rafie amek 2 suntikan. suntikan pertama untuk membunuh bakteria, kedua suntikan untuk tahan sakit. Jari yang bengkak ni sakit sangat. sehingga kuku yang terkopak ni pun tak teasa sakitnya dek kerana bengkak tu lebih sakit dari kuku tu.