Tuesday, February 9, 2016

Siapa Diri ku?

Sudah lama menyepi,muncul kembali. Kadang-kadang aku terfikir, apa itu blog? apa sebenarnya blogger ni tulis. Apa yang nak dicari dalam berblogging? nak cerita pasal diri ke atau ala-ala berita? anyone can help me? kihkihkih :)..

 To me, terpulanglah pada tafsiran dan kefahaman diri sendiri tentang blog. Nak cerita tentang diri sendiri pun boleh, nak cerita pasal politik pun boleh, fesyen ke , apa-apa je pun boleh.. unlimited. Bagi aku pada saat ni aku menulis sekadar menghiburkan diri, mengisi masa yang tersangat lapang, and maybe satu hari nanti boleh berkongsi sesuatu yang boleh dijadikan panduan pada pembaca. 

Sengaja aku tak padam posting yang lepas, agar aku tahu itulah aku, itulah minda aku pada saat tu. Dahulunya yang masih tercari-cari identiti diri. setiap orang perlu melalui sesatu ketika yang mana boleh mematangkan diri sendiri. Begitulah aku. Bukan aku nak cakap aku dah matang sekarang, tapi jujurnya aku sudah bersedia untuk menjadi diri sendiri. Tak perlu lah nak jadi macam wartawan duk sibuk copy paste idea orang atau mana-mana artikel untuk di upload kat blog kononnya nak reach high volume viewers. Cukup apa yang aku tulis ni membahagiakan hati nurani. walaweeeee...

Dan today aku mengistiharkan "I will start to blogging and share what I want to share".. No boundaries..

Wednesday, November 23, 2011

Iklan seram Phones4u disiasat


LONDON: Iklan sebuah syarikat telefon bimbit gergasi Britain, Phones4u, disiasat pihak berkuasa selepas pelbagai pihak mengadu ia tidak sesuai dipaparkan kepada umum.

Iklan itu menunjukkan hantu budak perempuan yang menakutkan seorang wanita di kawasan meletak kenderaan bawah tanah.


Menurut pelbagai pihak, iklan berkenaan dianggap terlalu menyeramkan untuk kanak-kanak.

Pihak Berkuasa Standard Pengiklanan (ASA) semalam mengesahkan menerima 341 aduan mengenai iklan berkenaan.


Ia adalah aduan tertinggi dicatatkan pada tahun ini.


Pengguna yang berang dengan Phones4u menyatakan kemarahan mereka melalui YouTube dan mendesak pihak berkuasa mengharamkannya. Sementara itu, jurucakap ASA berkata, dia mengesahkan iklan berkenaan kini disiasat kerana dianggap keterlaluan serta tidak sesuai untuk tatapan kanak-kanak.

“Kami akan berhubung dengan Phones4u untuk menjalankan siasatan menyeluruh,” katanya.


Iklan itu disiarkan pada waktu perdana televisyen memaparkan hantu budak perempuan seperti sering dilihat dalam filem seram.

‘Hantu’ itu mengejutkan wanita terbabit yang baru habis membeli-belah dengan mengangkat telefon bimbit di tepi tingkap bersama pesanan “kamu akan dihantui sesalan jika terlepas tawaran kami.” - DM

Monday, October 31, 2011

Kemalangan keretapi di sabah

Malang tidak berbau, itulah yang berlaku pada 31 oktober 2011 sekitar pukul 5.30 petang di jalan Kepayan-Jalan Lintas berdekatan kota kinabalu international airport yang melibatkan keretapi dengan muatan 200 oraang penumpang dan sebuah lori yang membawa muatan 27000 liter minyak petrol ke stesyen shell terlibat dalam kemalangan. Mengikut sumber stakat ini lebih kurang 12 orang penumpang cedera parah didalam kejadian tersebut.

Kejadian tersebut boleh disaksikan melalui vedio yang diambil dari laman Youtube.


Thursday, October 6, 2011

Tip perkhawinan


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.