Thursday, October 6, 2011

Tip perkhawinan


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Monday, October 3, 2011

Cara aku dapatkan traffik up


Kali ni aku nak kongsi sikit pengalaman muda aku ni untuk dapatkan traffik. Aku menulis bukan sebab blog aku ni up traffik sempai beribu-ribu. Akupun bukan bagus sangat. Mungkin aku tak layak tulis benda ni, tapi aku sekadar berkongsi pengalaman.

Biasanya kita berblogwalking untuk dapatkan trafik, ye la seperti kita tau kalau kita aktif berblogwalking, then tulis kat shoutmix tu mesti dapat 2 pengunjung blog kita balik.(2 penggunjung tu berdasarkan kajian aku ye. 30 blog pasti dapat purata 65 visitor). Tapi masalahnya, sanggup ke kita lakukan tabiat tu selama berbulan-bulan lamanya? pastinya tidak! kita pun banyak kerja lain nak buat, ye tak?

Aku pernah buat pemerhatian tanpa berblogwalking selama 1 minggu dan mendapati bahawa penggunjung purata harian jatuh mendadak sehingga 2 pengunjung sehari.. wuuuu rugi tu...
then aku pun minta la nasihat rakan blogger aku yang boleh dikatakan visitor dia 1500-2000 sehari. Dia cakap kat aku," kau mesti blogwalking & ramah dengan blogger lain.. jangan lupa komen entri orang, update post,bla,bla,bla......trus membebel" mungkin ada betulnya. ye la kalau tak betul tak kan lah visitor dia cam tuh..

then aku pun ikut lah nasihat dia. Orang kata biar jadi lah "dengar sikit nasihat".. dalam pencarian bagaimana nak up traffik tu, aku bertemu dengan sebuah posting berbahasa inggeris "how to get 5000 visitor per day" oh my God! banyak tuh, boleh fight rakan blogger aku tu.. dalam hati, habis la kau kali ni, ternganga mulut ko bila tengok visitor aku melambung kalahkan kau. hehehehe..

Aku pun apply la benda tu kat blog aku, oh my God! baru sehari dah banyak! eh bagus la macam ni. tak lah susah-susah aku nak duduk berblogwalking sepanjang zaman. tengok kat stats tu berpuluh-puluh orang datang dari benda tu..

mesti orang tertanya-tanya kan apa benda tu? ok ni dia.
Join komuniti apesal.com. bagus benda ni. Komuniti ni taklah bagi beribu-ribu mengalahkan visitor beautifulnara.com, tapi boleh dikatakan menjadi penyumbang sedikit sebanyak dalam jumlah pengunjung harian blog aku ni.

Mungkin pada mereka yang masih tercari-cari batu loncatan untuk menaikan total visitor harian tu, bolehlah mencuba widget Apesal.com ni. Thankx Apesal.com!!!

Raya Tak Jadi 3/10/2011


Pelakon Raya Tak Jadi:
Saiful Apek
Johan Raja Lawak
Dato’ Jalaluddin Hasan
Tengku Iedil Putra Alaudin
Wan Sharmila
Noreen Noor
Mak Jah
Mohd Farid Wari

Puas tunggu film ni kat mana-mana blog. Aku dah cari segenap search engine, namun masih belum ada lagi. Tak sabar nak tengok cerita ni. Maklum je lahduduk kat kelantan, nak ke pawagam memang mimpi la. So, jalan terbaik adalah menunggu je kat mana-mana port nak download nanti.

Pada sesiapa yang ada link download tu, aku berharap lah sangat korang kongsikan bersama ye.

Sunday, October 2, 2011

Fulham vs Queens Park Rangers 2 october 2011



10.00PM


Jom tengok bola live streaming perlawanan antara fulham vs Queens Park Rangers.
Seperti yang kita sedia maklum pemegang saham terbesar Queens Park Rangers adalah dimiliki oleh Dato Tony fernandes yang juga pemilik Air Asia.

Result:
Fulham (6) - QPR (0)