Wednesday, September 28, 2011

Hack Facebook dengan mudah


Ramai yang tercari-cari kaedah bagaimana cara sebenarnya untuk hack Facebook dengan mudah. Sebelum aku menulis entri ini aku juga seperti kau, kau ,kau kat luar sana yang ingin belajar hack facebook orang. Habis segala perusuk search engine aku geledah, tapi tak de satu pun yang memang betul-betul membantu. Nak tau apa sebabnya?? kalau benda ni didedahkan, habislah ramai pengguna facebook jadi mangsa, termasuklah mereka yang mengajar cara bagaimana untuk menghack facebook.

Sejujurnya bukan aku nak mengaku aku ni hebat, tapi sistem sekuriti facebook terlalu lemah sehingga aku sendiri yang hanya membuat kajian serta beberapa percubaan "try & error" berjaya menghack facebook orang yang telah aku jadikan sasaran. (tak baik kan aku??)

Sebelum menerbitkan entri ini sebenarnaya aku ingin berkongsi kaedah tersebut, namun diatas nasihat rakan serumah aku, demi menjaga keselamatan bersama adalah tidak elok untuk aku menerbitkan entri cara bagaimana untuk hack facebook.

Pada pandangan aku sebelum aku pandai hack facebook, jika aku berjaya untuk hack facebook orang, aku akan berasa bangga. Namun, setelah aku pandai buat semua tu aku jadi takut untuk menggunakan facebook (walaupun sekarang aku masih guna facebook). Aku takut kerana disebabkan sekuriti facebook yang tersangat lemah orang lain yang pandai menghack facebook dengan mudah menggunakan facebook kita dengan menyiarkan benda-benda yang tak sepatutnya. Tak pasal-pasal tuan punya facebook yang kena.

So, aku terfikir daripada aku siarkan cara bagaimana nak hack facebook orang, baik aku bagi sedikit nasihat untuk keselamatan bersama ye. Yang aku tunjuk ni adalah berdasarkan kajian dan pemerhatian aku. Jadi aku bercakap ikut pengalaman dan kaedah aku. Lain hacker, lain kaedah.

-Tolong jangan dedahkan email yang anda gunakan untuk buat akaun facebook
-Jangan guna facebook url, contoh: http://facebook.com/rafiehassan
-Tolong tipu sikit bila membuat sikuriti question.Jangan bagi jawapan yang betul.
-Jangan accept friend request orang yang tidak dikenali.
-Jangan tag-tag gambar yang ada nama orang.
-Paling silap besar, kalau bagi password email kat orang lain. confrim adik sekolah rendah pun boleh buka.
-Jangan biarkan facebook tak buka selama 24 jam. mesti buka walau sekejap je.

Bagi aku, pasword strong mana pun kalau benda asas ni korang tak reti nak buat, selamat tinggal la kat facebook korang tuh. Tunggu masa je nak kena hack.