Thursday, September 1, 2011

Duit Raya dari Rafiehassan Dot Com


Selamat hari raya aidilfitri walau pun dah raya ke-3 hari ni. Masih tak terlambat nak sampaikan ucapan ni kepada semua blogger.

Raya ni penat berjalan kesana kemari beraya ke rumah sanak saudara serta rakan-rakan. Hari-hari biasa pula penat berjalan ke blog rakan-rakan blogger.hehehe..

Namun adakah rakan blogger sedar hari raya dan hari kehidupan sebagai blogger ni mempunyai 3 persamaan??nak tau tak pe dia? ok, teruskan bacaan anda...

1. Hari Raya:berjalan kunjung-mengunjung kerumah sanak-saudara merapatkan silaturahim
Blogger : Berblogwalking kunjung-mengunjung ke blog rakan-rakan blogger sambil merapatkan silaturahim dan trafik.

2.Hari Raya: mengumpul duit raya
Blogger : mengumpul duit dari nuffnang

3. Hari Raya: kena berpuasa tahan lapar dahaga sebelum meraikannya.
Blogger : kena berpuasa tak makan tak minum menghadap pc sepanjang masa.

so, bila fikir-fikir balik, rupanya hari-hari blogger ni sama seperti hari raya..

kembali pada tajuk diatas, sempena hari yang mulia ni, apa kata mulai saat ni kalau kita berblogwalking tu kita klik iklan kat page rakan kita tu.. jalan jauh-jauh pun kalau takde orang nak klik iklan nuffnang tak guna gak..terutamanya pada begining blogger (macam aku)..kalau yang dah otai tu no hal sangat, iklan tak perlu nak klik pun dapat tempias impression..

Bagi aku dari buat benda yang hanya memperoleh benefit yang kurang hasilnya, baik buat benda yang memang dah tentu dapat ganjarannya, betul tak?? nak bagi duit raya direct camtuh rasanya agak keberatan, ye tak?? tapi kalau sekadar klik tu insya Allah... Oleh yang demikian, hari raya ni aku nak bagi duit raya pada semua rakan blogger yang singgah blog aku ni.. asal tinggal jejak je aku mesti g blog dia terus tekan iklan kat page tersebut..

okey x idea aku???


Monday, August 29, 2011

Ramalan Cuaca Aidilfitri 2011

Negeri di utara dan pantai timur semenanjung serta ibu kota, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan dijangka meraikan Aidilfitri dalam suasana hujan yang diramal esok sehingga Rabu.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan bahawa hujan berterusan itu bagaimanapun pada amnya tidak akan menyebabkan banjir.

malaysia weather maps and conditions"Akan tetapi kejadian banjir juga bergantung kepada kawasan di negeri terbabit," katanya.

Sementara itu, laporan pada laman web jabatan terbabit menyatakan Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan mengalami hujan di beberapa tempat pada sebelah petang esok.

Negeri-negeri lain diramal mendung dengan ribut petir pula dijangka melanda Perak, Pahang dan Johor Timur pada sebelah petang, kata laporan itu.

Pahang dan Terengganu Selatan dijangka mengalami hujan di satu dua tempat manakala cuaca di tempat lain diramal baik pada sebelah malam.

Bagi umat Islam di Sabah dan Sarawak, mereka dijangka dapat meraikan Aidilfitri dalam keadaan cuaca baik pada sebelah pagi untuk tempoh dua hari akan datang.

Ribut petir diramal berlaku pada sebelah petang di Kuching, Samarahan, Miri, Limbang dan Kapit, manakala bahagian lain dijangka hujan, sementara cuaca di Sandakan, Tawau dan Kudat di Sabah diramal baik.

Maklumat dalam PDF:
[klik Disini]

Hari Raya Dah Tiba!!


Salam aidilfitri..
Syukur Alhamdulillah setelah menempuh pelbagai cabaran sepanjang ramadhan ini, akhirnya kita telah pun sampai ke penghujungnya. Hari ini adalah hari terakhir berpuasa dan esok Hari Raya Aidilfitri pula menjelma.

sepanjang mengharungi perjalanan bulan yang mulia ini pastinya pelbagai berita yang suka ataupun duka sering bermain digelombang telinga kita. kalau berita gembira tu Alhamdulillah dan syukur dipanjatkan pada illahi, namun bagaimana pula dengan berita duka?? di awal ramadhan lagi kita dikejutkan dengan adik kecil kita di utara dan timur tanah air putus jari, melecur di muka dan macam-macam lagi disebabkan mercun. Pekara ini pasti akan berlaku setiap menjelangnya ketibaan ramadhan seolah-olah tiada penghujungnya. Sedih bila mendengar berita sedemikian, saya terfikir jika ada diantara keluarga saya mengalami nasib yang sama, pasti sedih kan?? Dilahirkan dengan sifat yang sempurna namun sekarang dah jadi OKU. Bila agaknya mercun ni tiada lagi penjualannya di negara kita ye? Apa pun saya mendoakan dimasa akan datang, tiada lagi mangsa mercun akan terjadi bila tiba musim yang sepatutnya diraikan dengan ceria ini.

Adoii, emosi pula dengan mercun..
sebenarnya bukan nak cerita pasal tuu..sebenarnya nak cerita pasal hari ni, apa yang sepatutnya saya buat! okeh, hari ni saya ditugaskan untuk membuat satay. Satay ayam..di pagi hari ni ayam tu kena peram dulu dengan rempah nya, ditambah sikit dengan soda untuk bagi manis. malam nanti baru bakar. Tiap-tiap tahun buat benda ni. syok kot bakar-bakar ni. hahaha, bakar ayam buat satay tak apa k, bukan bakar mercun..

semalam dah cat dinding luar rumah, penatnya rasanya berkerja berat dibulan puasa. Masa tu kalau ada 1 tangki air pun rasanya habis kot teguk minum, tapi apalah daya, keimanan untuk teruskan puasa lebih kuat, teruskan lah juga. Terfikirlah juga mereka-mereka yang diluar sana yang terpaksa berkerja lebih berat untuk sara keluarga..

Anyway, tak nak fikir semua tuh, janji esok raya! walaupun penyimpan besar mohor raja-raja kena culik tak kira tetap nak raya gak.

Pada yang baca entri ni mungkin tak terlewat nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN" semoga usaha kita untuk menjadi blogger yang terbaik tercapai.

Sekian...