Monday, November 29, 2010

kemalangan

Apalah malang nasib Rafie hari ni. Rafie tadi jalan g kedai beli daun sup tolong mak masak sup ayam. Dalam perjalanan balik ke rumah kira-kira 50 meter nak sampai rumah, skuter modenas 125 yang rafie tunggang tu boleh pula terbabas. Keadaan jalan waktu tu agak licin disebabkan baru je lepas hujan berhenti.Nasib baik lah kecederaan tak serius sangat, kalau tak, tak mungkinlah Rafie boleh tulis entri ni hari ni. Ni Rafie uploadkan gambar dekat bahagian yang luka.




Semua luka berada disebelah kiri. kalau kanan, terpaksa lah berehat sementara dari menulis blog.hehehehe.. tapi apa yang rafie risau macam mana kalau sakit perut nak buang air besar nanti..macam mana nak basuh????
Kos perubatan untuk semua ni je RM68. Agak mahal lah juga, biasa la klinik swasta. Rafie amek 2 suntikan. suntikan pertama untuk membunuh bakteria, kedua suntikan untuk tahan sakit. Jari yang bengkak ni sakit sangat. sehingga kuku yang terkopak ni pun tak teasa sakitnya dek kerana bengkak tu lebih sakit dari kuku tu.

Kereta Kita

“si*# betul lah.” Daripada buat macam tu baik bagi aku je lah kereta tu. Tak payah lah nak ketuk-ketuk bagi kemik sampai letupkan lagi kereta tu. Itu lah nada kemarahan yang lahir dari dalam diri rafie bila tengok Produa kelisa hasil negara kita diperlekehkan. Tau lah memang kereta-kereta negara kita ni agak kureng! Tapi jangan lah sampai buat program TV macam ni. Ini macam sengaja je mencemuh kualiti barang buatan negara kita. Rafie tak nak komen banyak, nanti lain pula jadinya. Tengok kat komen-komen youtube tu pun macam-macam komen. Takut pula nak baca. Saksiakan lah vedio dibawah ye.

Proton savvy menjadi bahan gelak

Bagaimana pun pengeluar kereta negara kita diharapkan tidak membuta tuli dengan pelbagai cemuhan tersebut. Seharusnya terima cemuhan ini dalam bentuk yang positif. Hasilkan produk yang berkualiti agar produk kita tidak diperlekehkan.

My Blog Is "0"(zero)

Agak penat bagi saya sebagai seorang blogger yang baru. Susah betul nak jadikan blog kita ni femes. Jangan kata 10, sorang pun payah nak jenguk-jenguk blog kita. Biasanya saya akan pergi melawat blog-blog top 100 rank bagi malaysia.nak tahu siapa top 100 tu, boleh lah cari kat google search Banyak sebenarnya yang boleh kita pelajari daripada mereka. macam dah jadi hobi baru lah pulak ye. Alhamdulillah setakat ni blog ni boleh lah berjalan dengan sikit-sikit. Tambah-tambah bila jumpa kenalan bloger lain. Pada rakan-rakan bloger yang lain tu, mungkin teralu awal untuk saya blogger baru ni mengungkapkan kata-kata "rakan" kepada anda semua. Tapi saya tak kesah lah. Apa yang lagi penting adalah kita tau misi kita sebagai blogger kan?kan?? post saya pun tak banyak lagi. Harap-harap saya ni tak mudah putus asa.hehehe.. Sebelum tu, ni saya nak maklumkan kat siapa-siapa yang nak tumpang letak URL blog anda kat sini, saya amat mengalu-alukan. Apa yang anda perlu buat hanya menghantar Email, Nama (singkatan), Url anda kepada alamat Email saya seperti yang terdapat disebelah slide blog saya ni. Perkhidmatan ni percuma. Ye percuma!so, apa tunggu lagi, hantarkan sekarang Url anda sekarang.

Sunday, November 28, 2010

Busuknya Kasut!

“cis, ni orang ke apa?” itulah ayat yang keluar dari mulut seorang rakanku. Kami yang berada di tempat meletakkan kasut dihadapan sebuah surau pasaraya terhidu bau busuk yang sangat memeritkan. Busuk nak mampus. Serupa dengan bau bangkai tikus. Sangat menghairankan apabila tuan yang memakai kasut tersebut boleh tidak merasa bau busuk tersebut.
Adakah kasut tersebut kasut anda? ini tips yang boleh anda ikuti untuk menghindari kasut berbau.
Jika Anda ingin membeli kasut, belilah kasut yang berkualiti . Cari kasut yang bahagian dalamnya dibuat dari bahan alami, kerana akan membuat kaki boleh bernafas dan lebih cepat menyerap peluh. Bahan sintesis akan membuat kaki mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan kerana kurangnya udara masuk.
Jangan merasa untung membeli kasut murah kerana pasti kualitinya rendah dan kasut anda akan cepat rosak. Lebih baik membeli kasut yang mahal sedikit, namun berkualiti tinggi..
Selain memperhatikan pemilihan kasut, anda juga harus memastikan kaki selalu dalam keadaan bersih. Ketika mandi, bersihkan kaki anda dengan berus kaki atau berus kecil lainnya. Ini berguna untuk mengangkat sel kulit mati yang merupakan salah satu penyebab bau di kaki.
Sebagai alternatif lain, anda dapat merendam kaki dengan air dingin. Setelah itu rendam dengan air hangat. Pori-pori kulit di kaki menjadi bersih dan akan membuat bau di kaki berkurang.
Anda juga disarankan tidak menggunakan kasut yang sama dalam waktu yang lama. Usahakan memakai kasut yang berlainan agar kasut anda sentiasa kering dan tidak lembab.Jangan biarkan kasut dalam keadaan yang basah. Segera keringkan apabila kasut basah. Bila dibiarkan lebih dari sehari, akan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan dan kaki anda pun jadi ikut berbau.
Diharapkan dengan sedikit tips tersebut, mungkin anda boleh mengurangkan tahap bau kasut dan kaki yang berada ditahap gaban. Mungkin anda yang kurang pasti sama ada kasut anda berbau ke atau tidak, pastikan anda menghidu bau serbuk kopi sebelum anda menghidu kasut anda. Ini bertujuan meneutralkan organ deria bau anda.