Adakah kasut tersebut kasut anda? ini tips yang boleh anda ikuti untuk menghindari kasut berbau.

Jangan merasa untung membeli kasut murah kerana pasti kualitinya rendah dan kasut anda akan cepat rosak. Lebih baik membeli kasut yang mahal sedikit, namun berkualiti tinggi..
Selain memperhatikan pemilihan kasut, anda juga harus memastikan kaki selalu dalam keadaan bersih. Ketika mandi, bersihkan kaki anda dengan berus kaki atau berus kecil lainnya. Ini berguna untuk mengangkat sel kulit mati yang merupakan salah satu penyebab bau di kaki.
Sebagai alternatif lain, anda dapat merendam kaki dengan air dingin. Setelah itu rendam dengan air hangat. Pori-pori kulit di kaki menjadi bersih dan akan membuat bau di kaki berkurang.
Anda juga disarankan tidak menggunakan kasut yang sama dalam waktu yang lama. Usahakan memakai kasut yang berlainan agar kasut anda sentiasa kering dan tidak lembab.Jangan biarkan kasut dalam keadaan yang basah. Segera keringkan apabila kasut basah. Bila dibiarkan lebih dari sehari, akan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan dan kaki anda pun jadi ikut berbau.
Diharapkan dengan sedikit tips tersebut, mungkin anda boleh mengurangkan tahap bau kasut dan kaki yang berada ditahap gaban. Mungkin anda yang kurang pasti sama ada kasut anda berbau ke atau tidak, pastikan anda menghidu bau serbuk kopi sebelum anda menghidu kasut anda. Ini bertujuan meneutralkan organ deria bau anda.
0 comments:
Post a Comment