Saturday, November 27, 2010

Cinta Tiga Segi


Lagu ini pada satu ketika dahulu pernah menjadi lagu yang cukup popular dan sering menjadi bualan ramai termasuk turut manjadi tajuk utama sebuah akhbar tempatan.Pelbagai cerita sama ada fakta ataupun auta sekaligus menghangatkan lagi cerita ini. Walhal, semuanya cuma berasaskan sebuah lagu yang masih sampai sekarang tidak diketahui asal-usulnya. Hasil daripada kepopularitian lagu ini, beberapa artis tempatan di negara kita mengambil langkah untuk menyanyikan semula lagu ini.

Mengimbas kembali fakta yang tidak diketahui kebenaranya,fakta pernah mengaitkan seorang banduan yang bernama Hazwan telah menerima hukuman yang membawa beliau ke tali gantung kerana telah membunuh kekasih beliau yang telah menerima kembali cinta bekas kekasih lamanya. Di saat terakhir sebelum menerima hukuman di tali gantung beliau telah meminta melalui pegawai penjara sebuah gitar dan pita rakaman untuk meluahkan perasaan kekesalannya yang telah dilakukan sehingga terhasil lagu ini.

Namun cerita ini telah disangkal dengan fakta lain menyatakan Hazwan yang dimaksudkan adalah tidak benar dan penama tersebut tiada kait-mengait dengan kisah ini. Selain itu, budak yang berasal dari singapura yang bernama Ayie ketika itu berumur 13 tahun mendakwa bahawa lagu tersebut adalah hasil daripada ciptaannya.
Pelbagai dakwaan yang wujud menyebabkan sehingga kini masih terus lagu tersebut tidak diketahui pemiliknya. Disebalik kehangatan cerita lagu ini, maka telah terhasillah satu lagu yang seakan-akan menyerupai lagu tersebut namun telah diubah liriknya.

Friday, November 26, 2010

Hukum Khatan Budak Perempuan

Hujung tahun dan cuti persekolahan telah tiba pada musim ini. Pastinya pelbagai aktiviti mengisi masa cuti ini telah dirancang bagi sebahagian ibu bapa. Lumrah biasa bagi kanak-kanak lelaki yang beragama islam akan melalui saat-saat yang sangat menakutkan apa lagi kalau bukan berkhatan. Pastinya pelbagai persoalan yang timbul bermain difikiran kanak-kanak yang masih belum berkhatan.
Namun begitu perkara ini sering kita dengar, tetapi biasakah kita dengar kanak-kanak perempuan berkhatan? Dan apakah sebenarnya hukum khatan bagi kanak-kanak perempuan? Dr.Abdul Salam Muhammad Shukri akan menjawab semua persoalan ini.
"BERKHATAN adalah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan.
Berdasarkan mazhab Syafie, amalan berkhatan diwajibkan sama ada untuk lelaki atau perempuan. Ia termasuk antara amalan yang disyariatkan Allah sebagai pelengkap fitrah semula jadi manusia.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Fitrah (sifat semula jadi) itu lima perkara: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak." (Bukhari, Muslim)
Oleh itu, saya menyarankan anda berjumpa dan berbincang dengan doktor di klinik perubatan yang ada menawarkan perkhidmatan berkhatan.
Anda tidak perlu musykil dengan perintah dalam ajaran Islam. Ini kerana Islam ingin menjaga kebersihan dan martabat sesama manusia.
Kita tidak boleh terikut-ikut dengan idea yang dikemukakan pihak barat atau orientalis serta pengikut mereka yang cuba menidakkan amalan berkhatan terutama bagi wanita.
Malah, sekarang amalan berkhatan bagi lelaki sudah diterima di Barat. Saya berpandangan mana-mana tradisi timur yang ada asas dalam ajaran Islam hendaklah terus diamalkan."

Nampaknya bukan sahaja kanak-kanak lelaki sahaja yang perlu berkhatan, malah kanak-kanak perempuan juga harus melaksanakannya.
Tapi apa yang menghairankan, kenapa tidak ada majlis seperti "majlis kanak-kanak perempuan berkhatan beramai-ramai ye??"

Thursday, November 25, 2010

Perdana Menteri & Gaji

Selama ini kita mungkin sudah biasa mendengar jumlah gaji seorang kakitangan kerajaan baik polis, guru dan sebagainya. Namun adakah kita tahu berapa sebenarnya gaji perdana menteri kita?
Perdana Menteri menerima gaji bulanan RM22 826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (saraan) (pindaan) 2005 mulai 1 januari 2004.
Manakala gaji bagi Timbalan Perdana Menteri pula berjumlah RM18 168.15 . Sementara jemaah Menteri menerima RM14 907.20 sebulan.
Mungkin sukar dipercayai, namun itulah jumlah sebenar yang mereka perolehi. Jumlah ini adalah dipetik daripada laporan "Harian Metro" bertarikh 24/11/2010.

Tuesday, November 23, 2010

Newjobsmalaysia.com

Tibalah masanya untuk kita mengetahui lebih pantas peluang-peluang pekerjaan di sektor kerajaan mahupun swasta. Kini dengan hanya melayari dan melanggan Newjobsmalaysia.com pastinya setiap peluang perkerjaan ditawarkan diketahui dengan segera.

Pada mereka yang inginkan pekerjaan, intai peluang anda melalui laman tersebut. Jika ada rezeki, mungkin nasib anda disana. Join melalui Facebook pun boleh.



Monday, November 22, 2010

Betul Ke Rafie oi!!


Pastinya jika membaca tajuk di atas mungkin sebilangan daripada pembaca akan membuat pelbagai tafsiran. Maklum sahaja hari ini pelbagai aktiviti yang berbentuk penipuan sering terjadi. Pada mulanya saya juga kurang yakin dan tidak berminat, namun saya tetap ingin mencuba.
Setelah membaca dan meneliti semua terma dan syarat akhirnya saya bersetuju untuk mengikuti program ini. Tiada yuran pendaftaran dan semua yang berbentuk modal diperlukan. Sekadar menjawab beberapa soal selidik mengenai beberapa laman web luar negara. Setiap jawapan yang anda berikan akan diberikan ganjaran. Agak pelik, tapi bagi saya tak salah mencuba. Masa yang diperlukan tidak lah terlalu lama. Ianya bergantung kepada berapa banyak yang anda inginkan ganjarannya. Saya yang menjawab kesemua soalan telah mengumpul 27 usd. Jika ditukar kepada Ringgit Malaysia pastinya jumlah tersebut berjumlah kira-kira RM86. Eh, biar betul Rafie ni? Betul sayang, tak tipu. Kalau laman tu tipu, tipu lah saya. Saya pun ingin mencuba je.

Namun begitu, saya tidak boleh mengeluarkan 27 usd tersebut. Mengikut terma dan syarat duit boleh dikeluarkan melalui akaun paypal saya apabila ianya mencecah 75 usd ke atas. Ini bermakna saya perlu mengumpul 48 usd lagi untuk mendapatkan jumlah tersebut. Hurmm, saya rasa agak kecewa sedikit, namun setelah membaca program yang cuba dibawa oleh pengendali web berkenaan akhirnya saya paham. Saya perlu berjaya memperkenalkan kepada rakan dan akan di bayar 1.25 usd setiap rakan saya yang mengikuti program tersebut jika bersetuju membuat sign up. Setelah membuat kiraan, saya hanya memerlukan 39 orang dan lebih rakan untuk membantu saya mendapatkan jumlah tersebut dengan hanya perlu sign up sahaja.
Anda juga boleh melakukan seperti saya buat ni.Tapi janganlah copy ayat saya ni. Kaedah yang sama setelah anda yang ingin membantu saya Klik pada link dibawah. Percayalah kepada saya, kerana saya yakin apa yang saya lakukan ini tidak akan merugikan anda yang membantu saya. Saya amat berterima kasih kepada yang membantu saya dan mendoakan agar anda semua dapat seperti apa yang saya dapat. Saya tidak akan membuat perkara yang sia-sia dan menyusahkan rakan-rakan saya demi kepentingan saya seorang. Tak salah kan kalau kita cuba sama-sama.
Harus diingatkan sistem ini bukanlah sistem berpiramid dimana ahli yang berada dibawah anda akan memberi faedah kepada saya. Saya langsung tidak menerima 1 sen pun hasil daripada rakan-rakan anda yang membantu anda di dalam program ini.
“Kalau dapat duit tu, yang jumlahnya kira-kira RM240 rasanya takde hal la nak belanja minum.huhuhu.. Nanti korang dapat, belanja saya pula balik keyh.”
Mungkin cukup lah sekadar menulis sampai disini sahaja, saya harap anda yang sedang membaca artikel ini mampu membantu saya dengan seikhlas hati. Kalau terlintas nak saya belanja minum pun, takpa. Teh o beng baru RM1. Korang dah bagi 1.25 Usd = RM3.70..
Jangan lupa klik Link ni tau!! Dah klik sign up.. Klik je tak sign up pun tak leh gak.
$6.00 Welcome Survey After Free Registration!
Rafie Hassan

Sunday, November 21, 2010

Bahan mentah Tuala wanita


Pada kaum hawa mungkin tidak pernah tahu apakah kandungan sebenar tuala wanita yang mereka gunakan. Bukan ingin menakut-nakutkan wanita di luar sana tetapi cuba berkongsi ilmu pengatahuan dan info bersama.
Kertas buangan (kertas kitar semula, kertas tebal, kotak) , agen peluntur yang berkarsinogen, agen fluoresen dan sebagainya merupakan bahan mentah yang digunakan untuk memproses tuala pakai buang di pasaran. Untuk menghasilkan tuala wanita, kertas dan pulpa kayu yang telah lembutkan akan melalui proses pelunturan berklorin. Sejenis toksin dinamakan Dioksin akan terhasil dalam proses plunturan berklorin ini.
Kesan ketoksidn Dioksin amat kuat, ianya adalah 130 kali ganda lebih bertoksik berbanding Cyanide dan 900 kali ganda bertoksik berbanding Arsenik.

Pusat Penyelidikan KanserAntarabangsa telah mengelaskan Dioksin sebagai karsinogen (bahan penyebab kanser) kelas pertama pada manusia.


Kajian perubatan telah membuktikan bahawa walaupun kandungan Dioksin dalam tahap yang rendah, ia masih berupaya menyebabkan kanser payu dara, kanser usus, endometriosis, kenser ovari, kemandulan, keguguran dan sakit puan yang lain.
Jadi kepada wanita-wanita sekalian, pastikan anda menjalani pemeriksaan sakit puan agar kemungkinan yang bakal berlaku boleh dikesan dari awal lagi

Tune Hotel "5-Star beds at 1-star prices"



Hotel bertaraf 5 bintang namun kadar sewaan sangat murah. Bermodelkan sistem perniagaan penerbangan termurah Air asia, kini Tune Hotel memperkenalkan ciri yang sama dengan menawarkan penjimatan serendah yang mungkin kepada pelanggannya. Tune hotel pada masa ini telah membuka 10 cawangan termasuk di dalam dan luar negara manakala 2 buah lagi cawangan barunya iaitu di Kota Bharu dan Bintulu akan dibuka pada januari 2011.



Jika anda masih tercari-cari tempat untuk menginap semasa percutian nanti, mungkin Tune Hotel adalah jawapan kepada pencarian anda. Kadar yang sangat menjimatkan serta pengalaman yang amat memuaskan.