Saturday, August 27, 2011

Dah Tukar DOMAIN!!!

mai..mai..mai nak habaq kat hang semua...

Syukur alhamdulillah akhirnya penantian yang sudah lama di impikan menjadi kenyataan..

nak tahu apa dia?????

1




2




3

Perasan tak domain Rafiehassan.blogspot.com dah tukar???

Alhamdulillah ada rezeki lebih kali ni aku dah tukar domain ni kepada

Rafiehassan.com

mungkin bagi sesetengah pihak, "ala tak heran lah!!" tapi bagi blogger yang orang kata begining macam aku ni, benda-benda macam ni agak teruja la juga.

Hari Raya Aidilfitri ni bagi sesetengah orang sibuk nak beli baju raya baru, tapi aku tak! aku sibuk beli domain baru..

horeyyyy, horeyyyy!!!!!!!!!!1

Thursday, August 25, 2011

Ben Ashari Dilebel Bodoh!!!




"Tahukah Ben Ashari merupakan seorang blogger yang bodoh. Kenapa aku cakap begitu?

1. Update entri sehari empat lima kali. Sudah macam tidak ada kerja lain untuk di lakukan.
2. Berpura-pura baik dengan pembaca untuk kepentingan diri sendiri.
3. Pelbagai segmen-segmen di buat untuk menarik pembaca-pembaca setia.
4. Setiap entri yang di post hanya kepura-puraan semata-mata. Bukannya ketulusan daripada hati sendiri.
5. Suka join aktiviti-aktiviti berkaitan blogger kononnya untuk merapatkan silaturahim."

inilah ayat-ayat pedas dari seorang blogger Sam Posmen.. Tak tahulah apa yang terjadi antara mereka.. sebenarnya aku pun tak tahu apa yang terjadi antara diorang berdua ni.. Post dari sam Posmen ni pun sebenarnya dah lama, cuma siapa yang nak tahu lebih lanjut perkara ni boleh la jenguk sendiri blog Ben Ashari yang baru je beliau post dalam 2 jam lepas.

Kepada mereka yang tahu tentang benda ni harap-harap boleh lah kongsi cerita kat sini sikit. Aku bukan nak sibuk, cuma nak taw je tentang senior-senior blogger kita ni. Ni ke adat blogging?

Wednesday, August 24, 2011

Tips Jaga kesegaran Bau mulut


Anda suka bau mulut macam bau sampah atau longkang?? pasti tidak bukan? Di bulan Ramadhan yang suci ini,Aroma menyerlah yang tidak diinginkan dari mulut kita pastinya akan menjadi-jadi.
so, mari bersama-sama kita kongsi bagaimana mengatasi masalah bau mulut ini.
1.Gosok gigi 2 kali sehari dan jangan lupa untuk memberus gigi ketika bersahur.
2.Bersihkan celah gigi menggunakan benang pembersih dan jangan lupa juga bersihkan lidah menggunakan berus gigi.
3.Minum dua hingga tiga gelas air semasa bersahur4.Hindari makanan yang boleh membawa bau mulut ketika berbuka serta banyakkan memakan buah serta memekan sayur-sayuran.
5.sekiranya gigi berlubang,segeralah mendapatkan rawatan doktor gigi untuk menampal lubang tersebut. Ini bertujuan menggelakkan sisa makanan terus bertapak disitu.
6.Berkumur dengan larutan penyegar selama 30 saat Sebaiknya lakukan sebelum Imsyak.
7. Pilih larutan berkumur yang mengandungi bahan hyaluronic acid. Bahan ini mempercepatkan penyembuhan luka pada rongga mulut yang mengalami jangkitan dan luka.

Sunday, August 21, 2011

Pelik.. Wanita ni nak gemuk!!


Selalu kita dengar ramai wanita kat luar sana tu takut bila gemuk. Gemuk sikit je pun da rasa nak pitam. Dah mula lah taknak makan lah, nak berdiet lah, nak bersenam lah.. erm macam-macam.
Tapi hari ni artikel ni mengejutkan aku tentang wanita yang bernama Susanne Eman, 32, ni yang menginginkan berat badannya mencapai 730 Kilogram. pergh!!!! ini kalau jadi suami dia, mampus tak bernafas bila kena tindih..
Kini susanne memiliki berat 330 kilogram dan memerlukan 400 kilogram lagi untuk mencapai impiannya. Susanne yang berasal dari Arizona, Amerika Syarikat berharap mencapai separuh dari berat impiannya itu menjelang akhir tahun ini.
Ibu tunggal yang kini membesarkan dua anak itu percaya, dia kini benar-benar bersedia mengambil alih tempat Donna simpson, 43, dari New Jersey, sebagai wanita paling gemuk dunia. Berat donna yang dicatat dalam rekod dunia ialah 317.5 kilogram.
Disebabkan terlalu gemuk, menurut susanne dia bersama anak-anaknya akan ke pasar raya sekali sebulan dan menghabiskan sehingga 8 jam untuk memenuhkan 6 troli yang dibawa.
Meneritakan pengalamannya, susanne berkata. Dia mula memikirkan impiannya menjadi wanita paling gemuk di dunia selepas gagal mengawal dirinya daripada terus membesar secara semulajadi."Dua tahun lalu saya mencapai berat 222 kilogram selepas gagal dalam usaha menguruskan badan."sejak itu saya mula perasan dengan berat badan begitu, semakin ramai lelaki tertarik dan ia memang menyeronokkan," katanya.. yo la tuh susanne..aku rasa lelaki tertarik nek gelak je tengok camtuh..
Terakhir sekali mesej susanne, dia sebenarnya mahu mengubah tanggapan masyarakat bahawa badan gemuk adalah perkara yang buruk. Tiada salahnya jika berbadan besar dan kita perlu menerima keadaan orang lain seadanya.

Pitbull Disaman


Aktress bermasalah Lindasay Lohan dikhabarkan kembali ke makhamah sekali lagi tetapi kali ini memfailkan saman.
Menurut laporan laman TMZ, bintang filem Mean Girls itu mengemukakan saman terhadap Pitbull kerana mendakwa penyanyi berkenaan menghinanya dalam satu lirik lagu yang dinyanyikannya.

Lagu yang ditulis Pitbull bersama pemuzik Ne-Yo dan Afrojak itu mengandungi seni kata seperti berikut "saya dikurung seperti Lindsay Lohan."
Dokumen yang difailkan peguam Lindsay Lohan ke mahkamah mendakwa: "lirik lagu itu mengandungi unsur kutukan, kecaman, hinaan, dan fitnahmengenai plantif serta menjejaskan kehidupan sertanama baiknya."