Saturday, September 17, 2011

Mari Mengenali Sekuriti Tag kat Pakaian



Tajuk apa ni??hehehe, salam sejahtera semua...

Mungkin kita selalu melihat benda ni bila pergi ke pasaraya terutamanya. Kalau pasar malam rasanya takde benda ni.

Dalam bahasa saintifiknya benda ni dipanggil "hard Tag"..(hehehe ye je memandai,bahasa saintifik..).ehhh kalau tak percaya korang boleh google "Hard tag" tu apa..mesti akan tunjuk benda ni.


sebenarnya selama ni tak terfikir nak kaji benda ni, tapi kebetulan hari ni aku ada beli sehelai baju kat Hypermarket yang mungkin cashier tu lupa nak tanggal benda ni. then billa sampai rumah, baru lah aku perasan tag tuh masih melekat kat baju..tapi yang peliknya kenapa EAS system (Alarm anti-pencuri..ala yang alat biasa tegak kat pintu keluar/masuk tu ) tak bunyi??
Dah camtuh,takkan nak pakai baju tu nanti siap ada tag? takpun, takkan aku datang balik hypermarket tu semula semata-mata nak buka benda ni??

aku pun dengan penuh keyakinan cuba tarik salah satu pin tag tuh..adoii...kerasnya..aik, sebelum ni aku tengok cashier tu buat bukan main senang lagi?? Dari situ lah idea ni timbul untuk buat kajian.. tapi sebelum tu, aku ambil cutter besi, aku potong je tag tu..selesai masalah..

Berikut adalah kajian mengenai Hard tag.
Kajian Kes:
Apa yang ada dalam Hard Tag tu

Penyelesaian Kes: Camna nak buka pin tu

tapak yang memegang bearing(bebola besi) akan ditarik oleh Magnet untuk membenarkan bebola besi daripada menyekat pin tersebut
Benda yang bulat tu adalah Neodymium Magnets.Magnet ni sama je macam biasa,cuma dia ni magnet kuat sikit dari biasa.

Kesimpulan: Harap korang boleh paham cara benda ni berfungsi ye..

Wednesday, September 14, 2011

Kuih ciki nostalgia lama



Kuih ciki?? Kuih apa tu? mungkin sebahagian, atau mungkin juga ramai yang tidak mengenalinya. Ya, kuih ciki. Bukan kuih koci ok, bukan juga sagun.

Kuih ciki baru je petang tadi aku beli ketika aku berjalan-jalan di sebuah pasaraya iaitu pasaraya Pantai Timur Pengkalan Chepa Kota Bharu Kelantan. Ketika sedang mencari makanan ringan aku ternampak sesuatu yang amat mengamit nostalgia lama diriku. Disebabkan teringat nostalgia zaman silam tu lah aku beli sebungkus.

Dahulu ketika di zaman kanak-kanak, inilah antara makanan yang time tu aku rasa sedap.
Kuih ciki ni berwarna putih sebab itulah dalam bahasa inggerisnya dipanggil "Snow Cake". Kemudian dibaluti dengan kertas berwarna Pink. Memang ringkas bungkusannya, tapi tak kisah lah, janji halal dan kuih ni tak pandai masuk angin.

Antara ramuan kuih ciki adalah seperti berikut:
Tepung pulut, Gula, ekstrak malt, dan Glukos.

Rasanya tak perlulah terangkan panjang sangat, tapi mungkin ada juga pembaca yang mungkin akan teringat kuih ciki ni ketika zaman kanak-kanak seperti aku.

Tuesday, September 13, 2011

Perkembangan terbaru kes samun kedai mamak seksyen 15 Shah Alam.

Ingat lagi tak 28 hb ogos yang lepas sebuah kedai makan mamak di seksyen 15 Shah Alam dirompak oleh beberapa orang yang memakai helmet dengan bersenjatakan parang?

Mungkin bagi mereka yang tak pernah tahu, boleh tengok semula vedio tersebut melalui laman Youtube ini.

Berikut adalah perkembangan terbaru susulan daripada tindakan cekap pihak polis.


Samun: Dua pelajar tingkatan 5 antara ditahan.
(13 september 2011)

Polis menahan lapan lelaki termasuk dua pelajar Tingkatan Lima dan dua pengawal keselamatan sebagai suspek rompakan bersenjata secara berkumpulan di dua buah restoran mamak pada 28 Ogos dan 8 September lalu di Shah Alam.

NONEKetua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (kiri), berkata suspek pertama ditangkap di Pangsapuri Rimba Jaya, Klang pada 8 September jam 11 malam selepas rompakan ke atas restoran mamak dilakukan pada pagi hari yang sama.

Penangkapan suspek pertama membawa kepada penahanan tujuh lagi suspek sehingga Ahad lalu (11 Sept) dan semua suspek yang berumur antara 17 dan 27 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini, katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, polis masih mencari seorang lelaki dikenali sebagai S Veeramuthu, 19, dari Kapar bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Katanya, seorang daripada suspek yang ditahan adalah antara mereka yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes samun sebuah rumah di Gombak.

Beliau berkata, kejayaan pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes samun restoran mamak ini berjaya menahan suspek walaupun mereka cuba menyembunyikan identiti mereka dengan memakai topi keledar dan jaket semasa merompak adalah hasil intipan yang berkesan.

Polis juga merampas sebuah motosikal jenis Yamaha yang dilaporkan dicuri di Shah Alam, sebuah beg laptop, topi keledar dan jaket yang dipakai mereka semasa melakukan rompakan.

Sumber: