Tuesday, September 13, 2011

Perkembangan terbaru kes samun kedai mamak seksyen 15 Shah Alam.

Ingat lagi tak 28 hb ogos yang lepas sebuah kedai makan mamak di seksyen 15 Shah Alam dirompak oleh beberapa orang yang memakai helmet dengan bersenjatakan parang?

Mungkin bagi mereka yang tak pernah tahu, boleh tengok semula vedio tersebut melalui laman Youtube ini.

Berikut adalah perkembangan terbaru susulan daripada tindakan cekap pihak polis.


Samun: Dua pelajar tingkatan 5 antara ditahan.
(13 september 2011)

Polis menahan lapan lelaki termasuk dua pelajar Tingkatan Lima dan dua pengawal keselamatan sebagai suspek rompakan bersenjata secara berkumpulan di dua buah restoran mamak pada 28 Ogos dan 8 September lalu di Shah Alam.

NONEKetua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (kiri), berkata suspek pertama ditangkap di Pangsapuri Rimba Jaya, Klang pada 8 September jam 11 malam selepas rompakan ke atas restoran mamak dilakukan pada pagi hari yang sama.

Penangkapan suspek pertama membawa kepada penahanan tujuh lagi suspek sehingga Ahad lalu (11 Sept) dan semua suspek yang berumur antara 17 dan 27 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini, katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, polis masih mencari seorang lelaki dikenali sebagai S Veeramuthu, 19, dari Kapar bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Katanya, seorang daripada suspek yang ditahan adalah antara mereka yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes samun sebuah rumah di Gombak.

Beliau berkata, kejayaan pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes samun restoran mamak ini berjaya menahan suspek walaupun mereka cuba menyembunyikan identiti mereka dengan memakai topi keledar dan jaket semasa merompak adalah hasil intipan yang berkesan.

Polis juga merampas sebuah motosikal jenis Yamaha yang dilaporkan dicuri di Shah Alam, sebuah beg laptop, topi keledar dan jaket yang dipakai mereka semasa melakukan rompakan.

Sumber:

0 comments:

Post a Comment