Saturday, November 20, 2010

Broadband lembab & cara menagatasinya







Ramai pengguna hanya tahu "plug in & play". Mengunakan wireless broadband adalah cara yang paling mudah dan ianya juga sangat flexible. Namun masalah sering dihadapi oleh para pengguna yang menggunakan broadband wireless adalah berkaitan dengan kelajuannya yang agak lembab.
Antara faktor-faktor masalah ini timbul adalah seperti berikut ;
  • Berada diluar kawasan liputan broadband
  • Kawasan padat penduduk
  • cuaca
  • melebihi had muat turun bulanan
  • modem berkelajuan rendah

Bagi mereka yang baru dan ingin menggunakan broadband wireless ini dinasihatkan agar memastikan kawasan tempat pengunaan internet perlulah mencapai tahap melepasi EDGE. Kelajuan EDGE adalah 236.8~473.6 kbit/s. Kepadatan sesebuah kawasan juga perlu diambil kira kerana kawasan yang terlalu ramai penduduk akan menyebabkan pencawang/pemancar telekomunikasi terlalu banyak penggunaannya. selain itu,Memuat turun data seperti menonton youtube akan mempercepatkan pelanggan mencapai had muat turun yang dibenarkan. Jika telah melepasi had pengunaan pengendali rangkaian akan menyekat kelajuan bagi akses tersebut.

Untuk mereka yang masih baru dalam menggunakan broadband wireless, berikut adalah tetapan yang ada perlu tahu mengenai broadband;

  • Pestikan LED modem anda berwarna BIRU. Biru menandakan kelajuan digunakan pada tahap HSDPA/WCDMA manakala hijau menandakan kelajuan menggunakan tahap GPRS/EDGE
  • Tetapan Modem adalah betul.

Berikut adalah tetapan yang anda perlu lakukan untuk memastikan kelajuan ditetapkan pada tahap HSDPA/WCDMA sebelum membuat sambungan pada akses internet ;

  1. Buka software broadband anda, pilih Tools>options.
  2. Kemudian klik pada Network>network type
  3. seterusnya dengan hanya memilih WCDMA only >ok.

Setelah membuat tetapan tersebut barulah anda membuat sambungan pada internet seperti biasa. Denggan membuat tetapan tadi, anda telah memastikan pengunaan telah ditetapkan pada kelajuan WCDMA/HSDPA.

Friday, November 19, 2010

Memperkenalkan DiGi® Easy Prepaid baharu yang memang sempoi!






Memang sempoi! best woo.. Rafie bukan nak promote tapi nak kongsi bersama. Mungkin dikalangan kita memang tak pernah tahu ada plan prepaid ( Ala, yang main topup-topup tu) yang percuma. Percuma SMS, Panggilan & Vedio call! Betul, tak tipu! tak ada Charge tersembunyi. Best kan? mula-mula ada niat nak pakai plan 5 + 1 dan yang lain-lain, tapi bila diperkenalkan plan ni terus batalkan niat.
Nak cakap panjang-panjang pun bukan dapat komisyen, nak lebih lanjut kunjungi www.digi.com.my/whatshot/promotion/prepaid/index.do?sec=bm sekarang!!

Hari Yang Baru



Alhamdulillah setelah bertungkus-lumus menyiapkan blog ini, akhirnya blog yang dahulunya dikenali dengan url http://usayithink.blogspot.com telah berjaya ditukar kepada url http://rafiehassan.blogspot.com. Blog ini juga telah diberi nafas baru agar nampak lebih kemas pada latarbelakangnya.
sebenarnya takde idea nak menulis, ni sebab terlalu lama menghadap blog untuk buat perubahan, so otak pun dah beku. Akhir kata pada yang baru pertama kalinya datang ke blog ni selamat datang diucapkan dan terima kasih juga kepada yang dah lama follow blog ni.