Monday, August 29, 2011

Hari Raya Dah Tiba!!


Salam aidilfitri..
Syukur Alhamdulillah setelah menempuh pelbagai cabaran sepanjang ramadhan ini, akhirnya kita telah pun sampai ke penghujungnya. Hari ini adalah hari terakhir berpuasa dan esok Hari Raya Aidilfitri pula menjelma.

sepanjang mengharungi perjalanan bulan yang mulia ini pastinya pelbagai berita yang suka ataupun duka sering bermain digelombang telinga kita. kalau berita gembira tu Alhamdulillah dan syukur dipanjatkan pada illahi, namun bagaimana pula dengan berita duka?? di awal ramadhan lagi kita dikejutkan dengan adik kecil kita di utara dan timur tanah air putus jari, melecur di muka dan macam-macam lagi disebabkan mercun. Pekara ini pasti akan berlaku setiap menjelangnya ketibaan ramadhan seolah-olah tiada penghujungnya. Sedih bila mendengar berita sedemikian, saya terfikir jika ada diantara keluarga saya mengalami nasib yang sama, pasti sedih kan?? Dilahirkan dengan sifat yang sempurna namun sekarang dah jadi OKU. Bila agaknya mercun ni tiada lagi penjualannya di negara kita ye? Apa pun saya mendoakan dimasa akan datang, tiada lagi mangsa mercun akan terjadi bila tiba musim yang sepatutnya diraikan dengan ceria ini.

Adoii, emosi pula dengan mercun..
sebenarnya bukan nak cerita pasal tuu..sebenarnya nak cerita pasal hari ni, apa yang sepatutnya saya buat! okeh, hari ni saya ditugaskan untuk membuat satay. Satay ayam..di pagi hari ni ayam tu kena peram dulu dengan rempah nya, ditambah sikit dengan soda untuk bagi manis. malam nanti baru bakar. Tiap-tiap tahun buat benda ni. syok kot bakar-bakar ni. hahaha, bakar ayam buat satay tak apa k, bukan bakar mercun..

semalam dah cat dinding luar rumah, penatnya rasanya berkerja berat dibulan puasa. Masa tu kalau ada 1 tangki air pun rasanya habis kot teguk minum, tapi apalah daya, keimanan untuk teruskan puasa lebih kuat, teruskan lah juga. Terfikirlah juga mereka-mereka yang diluar sana yang terpaksa berkerja lebih berat untuk sara keluarga..

Anyway, tak nak fikir semua tuh, janji esok raya! walaupun penyimpan besar mohor raja-raja kena culik tak kira tetap nak raya gak.

Pada yang baca entri ni mungkin tak terlewat nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN" semoga usaha kita untuk menjadi blogger yang terbaik tercapai.

Sekian...


0 comments:

Post a Comment