Thursday, July 7, 2011

KFC kotor! Apa penyelesaiannya?

Sebut saja KFC semua orang tahu, bukan hanya di Malaysia tapi di seluruh dunia. Secara keseluruhannya jumlah restoran makanan segera yang terkenal dengan Original recipe fried chiken ini adalah melebihi 36000 seluruh dunia dan di Malaysia sebanyak 515 buah cawangan. Sambutan rakyat malaysia sangat memberangsangkan terhadap produk KFC sejak ianya mula membuka cawangan pertamanya di Malaysia pada tahun 1973 yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Kepercayaan rakyat Malaysia kepada KFC begitu tinggi terutamanya di dalam konteks penjagaan kebersihan yang kita percaya begitu bersih dan tidak ada pernah terdapat mana-mana restorannya yang dikelaskan gred B kebawah. Namun hari ini, kepercayaan yang diberikan itu hampir hilang setelah tersebarnya beberapa video yang memaparkan beberapa aksi amat menjijikkan. Ini ternyata KFC sendiri gagal dalam memberikan jaminan qualiti produk yang baik dan seharusnya bersih.

Video Pertama

video kedua
Seharusnya aksi sedemikian rupa tidak pernah dan akan berlaku di restorannya kerana jika diteliti daripada video tersebut bukan hanya si perlaku saja yang ada di situ namun ada beberapa orang lain juga bersamanya. Ini menunjukkan hampir kesemuanya pekerjanya yang berada direstoran itu cuba bersubahat dalam aspek penjagaan qualiti produk.

Apa yang dipaparkan pada video tersebut mungkin hanyalah sebahagian tindakan yang tidak seharusnya dilakukan oleh pekerjanya yang telah diketahui umum, namun mungkin banyak lagi aksi-aksi yang selama ini tidak diketahui telah berlaku di restoran tersebut. Hal ini mula merisaukan masyarakat untuk datang semula ke restoran tersebut.

Untuk mengembalikan kepercayaan masyarakat, Pihak pengurusan KFC telah mengambil langkah lebih proaktif dalam menangani masalah tersebut. Dalam kenyataan melalui laman sosial Facebook,mereka telah bercadang untuk memasang CCTV disemua cawangan mereka. Walau bagaimanapun timbul persoalan, adakah dengan kewujudan CCTV tersebut mampu untuk menjamin qualiti kebersihan produk KFC? ada baiknya KFC sendiri mengamalkan restoran dapur terbuka kepada umum. Ini membolehkan pelanggan melihat sendiri proses pembuatan produk KFC sama ada ianya bersih sepenuhnya ataupun tidak.

0 comments:

Post a Comment