Friday, July 8, 2011

Icon Blogspot Jom kita tukar..

Salam sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai bagaimana untuk menukar Favicon blogspot yang sedia ada.Ramai pembaca yang masih tidak tahu caranya. Tapi sebelum itu biar saya memperkenalkan kepada anda apa itu Favicon?. kalau nak ulas apa itu favicon mungkin susah nak faham, takpe la biar saya tunjuk gambar favicon ni k. Tengok gambar bawah tu
apa dia favicon.


Ok sekarang dah jelas kan apa itu favicon? ada orang kadang kadang memang nak tukar benda ni, tapi masih tak tahu cara bagaimana nak tukar. Nak cari kat google tapi tak tau nak taip apa.
So, siapa yang baca entri ni dan rasa nak tukar boleh ikut cara-cara bagaimana nak tukar favicon blog masing-masing. Nak tukar benda ni memang tak lama. Tapi akan menjadi lama bila banyak benda kita tak tahu.

Tanpa melengah masa lagi, jom teruskan tutorial di bawah:

Tutorial:

1. Mula-mula anda perlu sediakan 1 gambar pilihan untuk dijadikan icon. Icon tersebut perlu lah bersaiz 20 x 20 pixels. Ni tak mau ajar, pandai-pandai lah belajar sendiri. Hey ni budak sekolah rendah pun tau tau nak resaiz gambar!.
2. Setelah itu, gambar yang telah anda resaiz tersebut perlulah di UPLOAD kan ke
mana-mana hosting yang membenarkan kita untuk memuat naik gambar sebagai contoh photobucket.
selesai memuat naik, pastikan anda copy direct Url gambar tersebut.
3. Url yang telah di copy tadi akan digunakan untuk dimasukkan kedalam cooding html. Anda perlu masuk Design > Edit Html.

Letakkan cooding Html ini ke dalam template seperti gambar dibawah.
""""link href='masukkan Url tadi' rel='shortcut icon' type='image/vmd.microsoft.icon'/"""""

4. Setelah selesai, save template. Favicon sudah berjaya ditukar.

Dengan panduan tadi diharapkan boleh membantu anda dalam proses pembinaan Blog. Sekian sahaja untuk post kali ini. bye!

1 comments:

micah aje said...

mesti cuba pasni...

thanx ^_^

Post a Comment