Friday, November 26, 2010

Hukum Khatan Budak Perempuan

Hujung tahun dan cuti persekolahan telah tiba pada musim ini. Pastinya pelbagai aktiviti mengisi masa cuti ini telah dirancang bagi sebahagian ibu bapa. Lumrah biasa bagi kanak-kanak lelaki yang beragama islam akan melalui saat-saat yang sangat menakutkan apa lagi kalau bukan berkhatan. Pastinya pelbagai persoalan yang timbul bermain difikiran kanak-kanak yang masih belum berkhatan.
Namun begitu perkara ini sering kita dengar, tetapi biasakah kita dengar kanak-kanak perempuan berkhatan? Dan apakah sebenarnya hukum khatan bagi kanak-kanak perempuan? Dr.Abdul Salam Muhammad Shukri akan menjawab semua persoalan ini.
"BERKHATAN adalah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan.
Berdasarkan mazhab Syafie, amalan berkhatan diwajibkan sama ada untuk lelaki atau perempuan. Ia termasuk antara amalan yang disyariatkan Allah sebagai pelengkap fitrah semula jadi manusia.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Fitrah (sifat semula jadi) itu lima perkara: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak." (Bukhari, Muslim)
Oleh itu, saya menyarankan anda berjumpa dan berbincang dengan doktor di klinik perubatan yang ada menawarkan perkhidmatan berkhatan.
Anda tidak perlu musykil dengan perintah dalam ajaran Islam. Ini kerana Islam ingin menjaga kebersihan dan martabat sesama manusia.
Kita tidak boleh terikut-ikut dengan idea yang dikemukakan pihak barat atau orientalis serta pengikut mereka yang cuba menidakkan amalan berkhatan terutama bagi wanita.
Malah, sekarang amalan berkhatan bagi lelaki sudah diterima di Barat. Saya berpandangan mana-mana tradisi timur yang ada asas dalam ajaran Islam hendaklah terus diamalkan."

Nampaknya bukan sahaja kanak-kanak lelaki sahaja yang perlu berkhatan, malah kanak-kanak perempuan juga harus melaksanakannya.
Tapi apa yang menghairankan, kenapa tidak ada majlis seperti "majlis kanak-kanak perempuan berkhatan beramai-ramai ye??"

2 comments:

Anonymous said...

Kenapa x de majlis berkatan pompuan beramai2?.Tu yang pelik tu..he3

RAFIE HASSAN said...

hehehehe tu la pasal... mesti meriah kan?

Post a Comment